Assalamualaikum. Rasullullah adalah contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya kepada semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam. Sepanjahg 23 tahun berdakwah menegakkan Islam ke seluruh dunia, Baginda sudah meninggalkan panduan hidup yang amat sempurna. Itulah sunnah Baginda yang akan kekal sehingga hari kiamat.
Bagi kita umat Islam yang biasa-biasa ini, hampir mustahil kita dapat mengetahui 100 peratus sunnah Baginda, kecuali mungkin sesetengah orang yang mempelajarinya. Apatah lagi bagi kita yang dalam kategori ‘iman orang awam’ ini , agak mustahil juga kita dapat mengamalkan 100 peratus.
Dengan tidak meremehkan semua sunnah Baginda, tujuh amalan yang dinyatakan dalam buku ini juga memadai jika kita istiqamah. Kerana Nabi suka pada amalan yang walaupun sedikit tetapi dilakukan secara berterusan berbanding kita tamak nak buat semuanya tetapi akhirnya kecundang, tidak istiqamah dan langsung ditinggalkan.
Saya ada membeli sebuah buku, 7 Amalan Sunnah Harian Rasullullah SAW yang disusun oleh ustaz Haji Che Nordin Che Irhaim dan Haji Ishammuddin Ismail.
Maksud Surah Ali Imran, ayat 31: “Katakanlah…jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu”
Maksud Surah An-Nissa, ayat 80: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mencintai Allah. Dan sesiapa yang berpaling daripada ketaatan itu, maka Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”
Fakta mengenai buki ini ialah:
- Cetakan kedua 2014
- Terbitan At-Taqwa Publication Sdn Bhd (03-90804693)
- Jumlah mukasurat – 228
Selain mengetengahkan amalan-amalan sunnah Nabi SAW, buku ini juga diselitkan dengan beberapa ayat lazim al-Quran sekali gus menjadikan buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana saja untuk dijadikan panduan.

Buku ini dimulakan dengan senarai mudah dibaca 34 peribadi dan akhlak Rasullallah, iaitu:
- Baginda berdoa penuh khusyuk dan air mata sering berlinang
- Wajahnya sentiasa ceria dan menyejukkan mata memandang
- Sangat elok dan sempurna Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan bersikir hingga lena.
- Suka makan secara beramai-ramai
- Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
- Beencikan kemegahan dan perhiasan cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan
- Memelihara rambut dengan kemas
- Makai serban di atas kopiahnya
- Suka membalas hadiah
- Mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dan masuk rumah
- Sangat lemah lembut dengan isteri dan ahli keluarga
- Baginda sering yang lebih dulu beri salam jika bertemu orang lain
- Bersalam dengan sahabat dan memeluk mereka ketika berjumpa
- Bila berjabat tangan, Baginda tidak melepaskannya sehingga orang yang disalam itu melepaskannya
- Apabila melepari kumpunan kanak-kanak, Baginda akan mengangkat tangannya sebagai tanda hormat kepada mereka
- Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
- Sangat menghormati orang tua, orang muda dan kanak-kanak
- Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
- Tidak pernah menjulurkan kakinya ketika bersama sahabat
- Suka cakap perlahan-lahan dan menyebut perkataan dengan jelas
- Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
- Tidak pernah ketawa terbahak-bahak sebaliknya hanya tersenyum lembut
- Sangat fasih dan manis ketika berbicara
- Tidak pernah mengambil rezeki melebihi keperluannya
- Rezeki yang melebihi keperluan akan digunakan untuk jihad ‘fisabi lillah’.
- Amat kasih kepada umatnya
- Tersangat sabar dan tanah tatkala menghadapi segala ujian dan dugaan
- Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
- Suka bagi makan kepada orang miskin dan sering duduk bersama mereka
- Gemar menziarahi orang sakit
- amat pemurah yang diumpamakan seperti angin yang lalu
- Tangan baginda tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram
- Baginda tidak suka tidur di bilik yang gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
- Tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
Insya-Allah, pada bahagian kedua kita akan bincangkan tujuh sunnah Rasul itu seterusnya mengamalkannya sedikit sebanyak.
Wasalam.