7 Amalan Sunnah Harian Rasullullah – satu prebiu – part 1

Assalamualaikum. Rasullullah adalah contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya kepada semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam. Sepanjahg 23 tahun berdakwah menegakkan Islam ke seluruh dunia, Baginda sudah meninggalkan panduan hidup yang amat sempurna. Itulah sunnah Baginda yang akan kekal sehingga hari kiamat.

Bagi kita umat Islam yang biasa-biasa ini, hampir mustahil kita dapat mengetahui 100 peratus sunnah Baginda, kecuali mungkin sesetengah orang yang mempelajarinya. Apatah lagi bagi kita yang dalam kategori ‘iman orang awam’ ini , agak mustahil juga kita dapat mengamalkan 100 peratus.

Dengan tidak meremehkan semua sunnah Baginda, tujuh amalan yang dinyatakan dalam buku ini juga memadai jika kita istiqamah. Kerana Nabi suka pada amalan yang walaupun sedikit tetapi dilakukan secara berterusan berbanding kita tamak nak buat semuanya tetapi akhirnya kecundang, tidak istiqamah dan langsung ditinggalkan.

Saya ada membeli sebuah buku, 7 Amalan Sunnah Harian Rasullullah SAW yang disusun oleh ustaz Haji Che Nordin Che Irhaim dan Haji Ishammuddin Ismail.

Maksud Surah Ali Imran, ayat 31: “Katakanlah…jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu”

Maksud Surah An-Nissa, ayat 80: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mencintai Allah. Dan sesiapa yang berpaling daripada ketaatan itu, maka Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”

Fakta mengenai buki ini ialah:

  1. Cetakan kedua 2014
  2. Terbitan At-Taqwa Publication Sdn Bhd (03-90804693)
  3. Jumlah mukasurat – 228

Selain mengetengahkan amalan-amalan sunnah Nabi SAW, buku ini juga diselitkan dengan beberapa ayat lazim al-Quran sekali gus menjadikan buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana saja untuk dijadikan panduan.

Buku ini perlu ada dalam simpanan setiap rumah, amat berguna

Buku ini dimulakan dengan senarai mudah dibaca 34 peribadi dan akhlak Rasullallah, iaitu:

  1. Baginda berdoa penuh khusyuk dan air mata sering berlinang
  2. Wajahnya sentiasa ceria dan menyejukkan mata memandang
  3. Sangat elok dan sempurna Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan bersikir hingga lena.
  4. Suka makan secara beramai-ramai
  5. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
  6. Beencikan kemegahan dan perhiasan cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan
  7. Memelihara rambut dengan kemas
  8. Makai serban di atas kopiahnya
  9. Suka membalas hadiah
  10. Mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dan masuk rumah
  11. Sangat lemah lembut dengan isteri dan ahli keluarga
  12. Baginda sering yang lebih dulu beri salam jika bertemu orang lain
  13. Bersalam dengan sahabat dan memeluk mereka ketika berjumpa
  14. Bila berjabat tangan, Baginda tidak melepaskannya sehingga orang yang disalam itu melepaskannya
  15. Apabila melepari kumpunan kanak-kanak, Baginda akan mengangkat tangannya sebagai tanda hormat kepada mereka
  16. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
  17. Sangat menghormati orang tua, orang muda dan kanak-kanak
  18. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
  19. Tidak pernah menjulurkan kakinya ketika bersama sahabat
  20. Suka cakap perlahan-lahan dan menyebut perkataan dengan jelas
  21. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
  22. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak sebaliknya hanya tersenyum lembut
  23. Sangat fasih dan manis ketika berbicara
  24. Tidak pernah mengambil rezeki melebihi keperluannya
  25. Rezeki yang melebihi keperluan akan digunakan untuk jihad ‘fisabi lillah’.
  26. Amat kasih kepada umatnya
  27. Tersangat sabar dan tanah tatkala menghadapi segala ujian dan dugaan
  28. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
  29. Suka bagi makan kepada orang miskin dan sering duduk bersama mereka
  30. Gemar menziarahi orang sakit
  31. amat pemurah yang diumpamakan seperti angin yang lalu
  32. Tangan baginda tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram
  33. Baginda tidak suka tidur di bilik yang gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
  34. Tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

Insya-Allah, pada bahagian kedua kita akan bincangkan tujuh sunnah Rasul itu seterusnya mengamalkannya sedikit sebanyak.

Wasalam.

APABILA BULAN, BUMI DAN MATAHARI SEBARIS…

PADA 26 Disember 2019, Tanjung Piai di Johor menjadi tumpuan ribuan peminat fenomena astronomi untuk menyaksikan gerhana matahari cincin yang kali terakhir berlaku pada 22 Ogos 1998.


Tanjung Piai adalah istimewa kerana kawasan itu adalah tanah paling selatan benua Asia.


Selain Tanjung Piai, Serian di Sarawak juga menjadi lokasi pemerhatian gerhana cincin ini.

Pembentukan ‘cincin berapi’ pada waktu tengah hari yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran bertukar gelap untuk tempoh tertentu.


Lokasi strategik untuk menyaksikan proses pembentukan fenomena yang berlaku sekali dalam tempoh dua dekad ini adalah di daerah paling selatan Malaysia, iaitu Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.


Hampir separuh kawasan bumi termasuk Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin yang bermula dari Arab Saudi, kemudian ke India, Sumatera, Malaysia (Johor dan Sarawak), Singapura, kembali ke Malaysia di Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Lautan Pasifik pada 26 Disember.


Mengikut Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, fenomena itu dijangka berlaku untuk tempoh antara dua minit 30 saat hingga tiga minit 30 saat, bergantung kepada lokasi.


Faktor lain yang bakal menentukan kejelasan pembentukan anulus dalam bahasa Latin atau cincin itu adalah taburan awan, jerebu dan kemungkinan hujan pada waktu ketiga-tiga sistem solar berkenaan berada dalam kedudukan sebaris.


“Tanjung Piai dipilih sebagai lokasi untuk kita adakan Festival Solar Malaysia 2019 yang mengandungi pengisian pelbagai aktiviti dengan unjuran pengunjung dua juta orang.


“Ia berikutan ini berada di kedudukan terhampir apabila fenomena gerhana matahari anulus berlaku pada jam 1.21 tengah hari hingga jam 1.23 tengah hari.


Mengenai kesan pada kesihatan dan perubahan alam sekitar, Anita berkata, perbezaan tarikan graviti bulan berikutan gerhana matahari cincin bakal menyebabkan fenomena air pasang besar di Tanjung Piai dan pantai barat Semenanjung.


Berdasarkan maklumat diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), paras air laut di Tanjung Piai dijangka naik sehingga 3.4 meter, berbanding kadar biasa iaitu antara dua hingga tiga meter.


“Ini paras biasa dan tidak memberi sebarang kebimbangan kepada pengunjung, namun apa yang lebih menarik ialah kesan kepada burung hijrah serta tumbuhan kerana persekitaran hening tengah hari tiba-tiba bertukar gelap.


“Cuma pengunjung dinasihatkan untuk tidak melihat gerhana secara terus, sebaliknya menggunakan 10,000 kaca mata khas mengandungi filem penuras sinar matahari yang akan diperuntukkan oleh Planetarium.


“Berikutan kekuatan sinar cahaya matahari ketika gerhana, individu yang melihat secara terus akan berdepan risiko buta kekal, justeru guna kaedah bersesuaian dan ikuti nasihat pihak penganjur,” katanya kepada media.