7 Amalan Sunnah Harian Rasullullah – satu prebiu – part 1

Assalamualaikum. Rasullullah adalah contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya kepada semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam. Sepanjahg 23 tahun berdakwah menegakkan Islam ke seluruh dunia, Baginda sudah meninggalkan panduan hidup yang amat sempurna. Itulah sunnah Baginda yang akan kekal sehingga hari kiamat.

Bagi kita umat Islam yang biasa-biasa ini, hampir mustahil kita dapat mengetahui 100 peratus sunnah Baginda, kecuali mungkin sesetengah orang yang mempelajarinya. Apatah lagi bagi kita yang dalam kategori ‘iman orang awam’ ini , agak mustahil juga kita dapat mengamalkan 100 peratus.

Dengan tidak meremehkan semua sunnah Baginda, tujuh amalan yang dinyatakan dalam buku ini juga memadai jika kita istiqamah. Kerana Nabi suka pada amalan yang walaupun sedikit tetapi dilakukan secara berterusan berbanding kita tamak nak buat semuanya tetapi akhirnya kecundang, tidak istiqamah dan langsung ditinggalkan.

Saya ada membeli sebuah buku, 7 Amalan Sunnah Harian Rasullullah SAW yang disusun oleh ustaz Haji Che Nordin Che Irhaim dan Haji Ishammuddin Ismail.

Maksud Surah Ali Imran, ayat 31: “Katakanlah…jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu”

Maksud Surah An-Nissa, ayat 80: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mencintai Allah. Dan sesiapa yang berpaling daripada ketaatan itu, maka Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”

Fakta mengenai buki ini ialah:

  1. Cetakan kedua 2014
  2. Terbitan At-Taqwa Publication Sdn Bhd (03-90804693)
  3. Jumlah mukasurat – 228

Selain mengetengahkan amalan-amalan sunnah Nabi SAW, buku ini juga diselitkan dengan beberapa ayat lazim al-Quran sekali gus menjadikan buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana saja untuk dijadikan panduan.

Buku ini perlu ada dalam simpanan setiap rumah, amat berguna

Buku ini dimulakan dengan senarai mudah dibaca 34 peribadi dan akhlak Rasullallah, iaitu:

  1. Baginda berdoa penuh khusyuk dan air mata sering berlinang
  2. Wajahnya sentiasa ceria dan menyejukkan mata memandang
  3. Sangat elok dan sempurna Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan bersikir hingga lena.
  4. Suka makan secara beramai-ramai
  5. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
  6. Beencikan kemegahan dan perhiasan cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan
  7. Memelihara rambut dengan kemas
  8. Makai serban di atas kopiahnya
  9. Suka membalas hadiah
  10. Mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dan masuk rumah
  11. Sangat lemah lembut dengan isteri dan ahli keluarga
  12. Baginda sering yang lebih dulu beri salam jika bertemu orang lain
  13. Bersalam dengan sahabat dan memeluk mereka ketika berjumpa
  14. Bila berjabat tangan, Baginda tidak melepaskannya sehingga orang yang disalam itu melepaskannya
  15. Apabila melepari kumpunan kanak-kanak, Baginda akan mengangkat tangannya sebagai tanda hormat kepada mereka
  16. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
  17. Sangat menghormati orang tua, orang muda dan kanak-kanak
  18. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
  19. Tidak pernah menjulurkan kakinya ketika bersama sahabat
  20. Suka cakap perlahan-lahan dan menyebut perkataan dengan jelas
  21. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
  22. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak sebaliknya hanya tersenyum lembut
  23. Sangat fasih dan manis ketika berbicara
  24. Tidak pernah mengambil rezeki melebihi keperluannya
  25. Rezeki yang melebihi keperluan akan digunakan untuk jihad ‘fisabi lillah’.
  26. Amat kasih kepada umatnya
  27. Tersangat sabar dan tanah tatkala menghadapi segala ujian dan dugaan
  28. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
  29. Suka bagi makan kepada orang miskin dan sering duduk bersama mereka
  30. Gemar menziarahi orang sakit
  31. amat pemurah yang diumpamakan seperti angin yang lalu
  32. Tangan baginda tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram
  33. Baginda tidak suka tidur di bilik yang gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
  34. Tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

Insya-Allah, pada bahagian kedua kita akan bincangkan tujuh sunnah Rasul itu seterusnya mengamalkannya sedikit sebanyak.

Wasalam.

Takjub di Muzium 3D Langkawi

MENAKJUBKAN!! Itu yang boleh saya kata apabila menjejak kaki ke Muzium Seni 3D di Oriental Village, Langkawi.

Biasanya kita hanya melihat hasil karya pelukis dalam bentuk dua dimensi (2D), tetapi keseluruhan lukisan di Muzium 3D Langkawi ini adalah dalam bentuk 3D.

Juga sempat bertemu dengan ‘Tun Dr Mahathir Mohamad’ ketika lawatan itu.

Pemandangan dalam muzium.

Apa pun saya salute kepada artis yang menghasilkan lukisan di situ dan lokasi ini amat direkomenkan kepada pelawat.

Ada dikenakan tiket jugalah tapi saya tak nak nyatakan di sini, elok semak sendiri di lama web muzium tersebut di sini.

So dalam artikel ini tak guna saya cerita teks panjang-panjang sebab yang nak dilihat adalah gambarnya kan.

Saya sajikan beberapa keping gambar di situ ketika kunjungan baru-baru ini.

Muzium ini dibuka setiap hari antara jam 9 pagi hingga 6 petang.

Elok datang awal kerana di situ juga ada kereta kabel untuk menikmati panorama indah di puncak Gunung Machincang dan laut di sebelah Andaman.

For those from outside Langkawi, there are a lot of direct flight from Kuala Lumpur International Airport to Langkawi provided by Malaysia Airlines (go) and AirAsia (here) a low fare carrier.

There are also a express bus services (book here) from Kuala Lumpur to Alor Setar or Kangar in Perlis and from the bus station you can grab a taxi or Grab services to the jetty, in Kuala Kedah (Alor Setar) and Kuala Perlis (Kangar) to Langkawi via ferry services.

Welcome to Malaysia.

Baung berapi di Warung Sakinah

Semalam, hari pertama Tahun Baharu Cina aku dan keluarga pergi jalan-jalan ke Melaka. Dalam hati memang tahu dah pasti lebuh raya akan sesak teruk dari Kuala Lumpur, so kami menggunakan jalan biasa melalui Semenyih, Dengkil semua tu hinggalah masuk Melaka menerusi Lubok Cina.

Perjalanan ikut jalan lama memang lebih jaraknya dan ambil masa lama juga tapi tersangat kuranglah sesaknya. Bagaimanapun, menyeronokkan kerana dapat tengok kampung-kampung dan dusun-dusun.

Warung Sakinah yang sediakan menu baung masak lemak cili api berapi jalan nak masuk ke Lubok Cina sempadan Melaka -Negeri Sembilan

Apa yang aku nak cerita ialah ketika kami sampai di sempadan Lubok Cina tu, perut terasa lapar sangat. Dalam jajaran jalan yang hanya ada hutan di kiri kanan jalan tu, nampak satu kedai makan, Warung Sakinah. Saiznya tak besar sangat setakat isi enam meja makan yang boleh diduduki enam orang setiap meja.

Daripada pengamatan aku, kedai makan itu diuruskan oleh keluarga, yang masak nampak macam ayah dan datuknya, manakala yang lain sebagai waitress lah. Opps, nampak anak dara tuan kedai manis-manis belaka. Ha ha. Mungkin resepi turun-temurun agaknya sebab memang terasa homemade masakan baung tu.

The highlight dalam cerita ini ialah speciality di Warung Sakinah ni. Kata orang jangan menghakimi buku daripada kulitnya, nampak kedai mamng amat amat biasa, tapi menunya fuuh memang mantap.

Warung Sakinah menawarkan harga yang berpatutan, kualiti mantap. Yang kuah kuning tu ialah baung masak lomak cili api.

Aku orang utara, jadi kalau sebut masak lomak cili api nismilan ni memang aku jarang sangat kerana tak tahan pedas.

Tapi bila dipromo gulai baung berapi, api pun singgah nak cuba. Masuk saja kedai tu aku nampak pak cik tuan kedai tengah masak baung masak lemak cili api. Rupanya gulai yang ditulis pada kain rentang tu bagi orang Negeri Sembilan ialah masak lemak cili api lah. Bukan macam gulai di sebelah utara sana.

Ikan baung yang digunakan bagi aku amat fresh. Sebab selepas dimasak, isinya masih kental tidak lunyai. Sepengetahuan aku yang ada ilmu ikan sikit-sikit ni, kalau isi ikan macam tu maknanya ikan tu fresh lah. Tak da simpan lama-lama dalam peti sejuk.

Aku memang bukan peminat masak lomak cili api, tapi yang Warung Sakinah sediakan ni memang superb. Tradisi ada juga sebab dia gunakan buah binjai untuk masamkan masakan tu. Lemaknya, pedasnya wow cukup terasa. Memang berapi. Tapi aku tahan juga, tu yang hairannya.

Tetel dagingnya juga mantap

Satu lagi menu bagus di sini ialah daging tetel. Aku tak tahu apa nama sebenarnya tapi daging yang dicincang dimasak ala-ala asam pedas gitu. Kami order juga ayam goreng. Makan kami berempat.

Walaupun warung tu tak seberapa aku tengok ramai sangat orang singgah, sama ada yang nak masuk Melaka atau keluar Melaka. Dari perbualan singkat aku, pelanggan itu sudah beberapa kali singgah dan memang masakan di situ sedap. Ia terbukti bila aku makan di situ.

Bekalan ikan baung tuan kedai tu perolehi daripada pembekal di Pahang. Baung Sungai Pahang tu. Stok biasanya diambil untuk tiga hari, no wonder ikan dia fresh bila masak. And pak cik tu akan masak bila ada order, yakni setiap pesanan dimasak segera bukan jenis masak kuah banyak-banyak lepas tu masukkan ikan bila ada pesanan. Ini menjadikan kualiti menu tu superb.

Harga? Yang aku bayar hari tu seketul baung masak lomak cili api ni RM16. Kira oklah tu, aku makan empat beranak dengan daging tetel, dua ayam goreng berempah, air teh o ais baru RM48. Berbaloi lah.

APABILA BULAN, BUMI DAN MATAHARI SEBARIS…

PADA 26 Disember 2019, Tanjung Piai di Johor menjadi tumpuan ribuan peminat fenomena astronomi untuk menyaksikan gerhana matahari cincin yang kali terakhir berlaku pada 22 Ogos 1998.


Tanjung Piai adalah istimewa kerana kawasan itu adalah tanah paling selatan benua Asia.


Selain Tanjung Piai, Serian di Sarawak juga menjadi lokasi pemerhatian gerhana cincin ini.

Pembentukan ‘cincin berapi’ pada waktu tengah hari yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran bertukar gelap untuk tempoh tertentu.


Lokasi strategik untuk menyaksikan proses pembentukan fenomena yang berlaku sekali dalam tempoh dua dekad ini adalah di daerah paling selatan Malaysia, iaitu Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.


Hampir separuh kawasan bumi termasuk Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin yang bermula dari Arab Saudi, kemudian ke India, Sumatera, Malaysia (Johor dan Sarawak), Singapura, kembali ke Malaysia di Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Lautan Pasifik pada 26 Disember.


Mengikut Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, fenomena itu dijangka berlaku untuk tempoh antara dua minit 30 saat hingga tiga minit 30 saat, bergantung kepada lokasi.


Faktor lain yang bakal menentukan kejelasan pembentukan anulus dalam bahasa Latin atau cincin itu adalah taburan awan, jerebu dan kemungkinan hujan pada waktu ketiga-tiga sistem solar berkenaan berada dalam kedudukan sebaris.


“Tanjung Piai dipilih sebagai lokasi untuk kita adakan Festival Solar Malaysia 2019 yang mengandungi pengisian pelbagai aktiviti dengan unjuran pengunjung dua juta orang.


“Ia berikutan ini berada di kedudukan terhampir apabila fenomena gerhana matahari anulus berlaku pada jam 1.21 tengah hari hingga jam 1.23 tengah hari.


Mengenai kesan pada kesihatan dan perubahan alam sekitar, Anita berkata, perbezaan tarikan graviti bulan berikutan gerhana matahari cincin bakal menyebabkan fenomena air pasang besar di Tanjung Piai dan pantai barat Semenanjung.


Berdasarkan maklumat diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), paras air laut di Tanjung Piai dijangka naik sehingga 3.4 meter, berbanding kadar biasa iaitu antara dua hingga tiga meter.


“Ini paras biasa dan tidak memberi sebarang kebimbangan kepada pengunjung, namun apa yang lebih menarik ialah kesan kepada burung hijrah serta tumbuhan kerana persekitaran hening tengah hari tiba-tiba bertukar gelap.


“Cuma pengunjung dinasihatkan untuk tidak melihat gerhana secara terus, sebaliknya menggunakan 10,000 kaca mata khas mengandungi filem penuras sinar matahari yang akan diperuntukkan oleh Planetarium.


“Berikutan kekuatan sinar cahaya matahari ketika gerhana, individu yang melihat secara terus akan berdepan risiko buta kekal, justeru guna kaedah bersesuaian dan ikuti nasihat pihak penganjur,” katanya kepada media.

Giant drawing, meromiktik phenomenon in Penang

IN the northern part of Peninsular Malaysia, there is an island called Penang or in bahasa Melayu called Pulau Pinang.

Located approximately 450 kilometers to the north of from Kuala Lumpur, Penang provides a lot of fascinating places to visit.

Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) is just around the corner and worth to try Penang. There are many flight trips into Penang (Penang International Airport) from Kuala Lumpur. They are provided by local airliners Malaysia Airlines (www.malaysiaairlines.com) and low cost airline AirAsia (www.airasia.com). You can check it out!

GIANT MURAL DRAWINGS ARE ALIVE IN BUILDINGS IN BALIK PULAU. Source http://www.bharian.com.my

A place named Balik Pulau is quite popular in Penang. It is a home for king of local fruits – durian. (Oops sorry, some peoples do not like it due to its smell).

Now, Balik Pulau is not just popular becoz of its durian, but it is more than that as introduced by Ministry of Tourism, Culture and Art (MOTAC) recently.

Yes it is dubbed as a ‘diamond’ for Penang especially for those who are crazy for hiking and jungle tracking.

Balik Pulau provides perfect holidays do, foods, ecotourism, art and culture and natural attractions. Of course the main focus of MOTAC is the introduction of this 122.79 kilometer (km) area with the population of 530,242.

MANGROVE SWAMP TRACKING IN BALIK PULAU IS A STUNTED WALKING. Source http://www.bharian.com.my


The unique of Balik Pulau is the giant drawing on the olds buildings, the murals. It was painted on the low cost houses flats there which gives you an amazed view.

The mural was created by six artists, six are locals.

There was a Russian artist, Julia Volchkova, recently drawn four drawings on the wall there. I dont know it may be an ‘eye opener’ to the rest. Volchkova was a graduate from Art University of Nizhnevartovsk in Siberia.

Apart from that, Balik Pulau also offers visitors with its meromiktik lake, which can be seen from there in Penang National Park.

Meromiktik is a seasonal phenomenon when a sand shelf is formed due to wind and waves and saparates the salt and fresh water.

There is a ‘diamond’ in the park , mangrove swamp which could be explored by boat.
In 2004, that mangrove acted as a fort to Balik Pulau when that area was swept by tsunami from Aceh Indonesia.

There is also cycling package as far as 21 kilometers thru traditional villages, beaches and paddy field in Balik Pulau.

Manusia dan ujian

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Tidak ada manusia di dunia ini, akan terlepas dari ujian dalam kehidupan.

Bagi kita orang Islam, kita menyandarkan semua ujian itu dengan kehendak Allah yang ada hikmahnya tersendiri, yang kadang-kadang kita nampak dan kadang-kadang tidak nampak.

Ujian itu pula boleh jadi kecil atau besar, datang sekali gus dan Allah bantu selesaikan dan ada pula yang berpanjangan, malah sehinggalah ke akhir hayat.

Malah, ramai yang menganggap ujian itu hanya sesuatu yang berbentuk musibah. Sebenarnya tanggapan itu salah kerana ujian yang bukan musibah seperti kekayaan, kuasa, pangkat dan kebahgiaan juga adalah ujian sebenarnya.

Saya percaya tidak ada kebetulan dalam hidup manusia. Segalanya direncanakan dan ditakdirkan oleh Allah yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

Daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya adalah ditentukan oleh Allah yang maha mengetahui. Bagi kita orang Islam, dijanjikan bahawa segala ujian yang dihadapi dengan sabar, akan ada ganjarannya.

Paling mudah detik hati kita apabila menghadapi ujian dalam kehiduan ialah bersangka baik dengan Allah dan Allah mahu kita ‘balik’ kepadanya, ingat kepadanya, menambahkan zikir, doa dan merayu kepada-Nya.

Ujian menguatkan kebergantungan kita kepada Allah.

Ini pengalaman saya sendiri. Apabila ditimpa ujian, corak pengharapan kita kepada Allah akan jadi berbeza. Harapan kita ketika berdoa berbeza, lebih kuat harapan kita kepada Allah. Lebih tinggi harapan kita kepada Allah dan yakin bahawa Allah yang maha pengasih itu mendengar dan kasihan dengan kita.

Malah, kita bangun pada malam hari meminta, merayu kepada Allah supaya melepaskan kita dari ujian itu.

Barangkali itulah yang Allah maksudkan dalam al-Quran bahawa setiap orang yang beriman itu tidak akan terlepas dari ujian. Ketakutan, kebimbangan, kesakitan, kesedihan, kegembiraan, kekayaan dan segalanya adalah ujian. Semuanya diberikan supaya kita “balik” kepada-Nya.

Korang perasan atau tidak, tahap kebergantungan kita kepada Allah akan meningkat setiap kali kita menadah tangan dan memohon supaya ujian kita diringankan oleh Allah. Dan ingat janji Allah, Dia tidak akan menurunkan ujian kepada hambanya melainkan dengan apa yang mampu ditanggung. Itulah penyanyangnya Allah.

Ada orang yang bangga apabila dikurniakan kesihatan yang baik, hidup dalam kekayaan, dikelilingi anak cucu dan saudara yang bahagia, tanpa disedari bahawa ia semua adalah ujian juga.

Sebenarnya ujian sperti ini yang lebih ‘bahaya’ kerana kecenderungan untuk lalai lebih besar. Konsep syukur kena selalu ada. Buruk atau baik, syukurlah.

Ujian berkait rapat dengan sabar. Ini satu yang amat sukar. Kata orang mudah diucap, sukar dilaksana. Lebih-lebih lagi jika kita nasihatkan orang, cukup mudah, tapi apabila kena pada diri sendiri, sukar nak amalkan. Kita berlindung dengan Allah dari sikap begini.