Semalam, hari pertama Tahun Baharu Cina aku dan keluarga pergi jalan-jalan ke Melaka. Dalam hati memang tahu dah pasti lebuh raya akan sesak teruk dari Kuala Lumpur, so kami menggunakan jalan biasa melalui Semenyih, Dengkil semua tu hinggalah masuk Melaka menerusi Lubok Cina.
Perjalanan ikut jalan lama memang lebih jaraknya dan ambil masa lama juga tapi tersangat kuranglah sesaknya. Bagaimanapun, menyeronokkan kerana dapat tengok kampung-kampung dan dusun-dusun.

Apa yang aku nak cerita ialah ketika kami sampai di sempadan Lubok Cina tu, perut terasa lapar sangat. Dalam jajaran jalan yang hanya ada hutan di kiri kanan jalan tu, nampak satu kedai makan, Warung Sakinah. Saiznya tak besar sangat setakat isi enam meja makan yang boleh diduduki enam orang setiap meja.
Daripada pengamatan aku, kedai makan itu diuruskan oleh keluarga, yang masak nampak macam ayah dan datuknya, manakala yang lain sebagai waitress lah. Opps, nampak anak dara tuan kedai manis-manis belaka. Ha ha. Mungkin resepi turun-temurun agaknya sebab memang terasa homemade masakan baung tu.
The highlight dalam cerita ini ialah speciality di Warung Sakinah ni. Kata orang jangan menghakimi buku daripada kulitnya, nampak kedai mamng amat amat biasa, tapi menunya fuuh memang mantap.

Aku orang utara, jadi kalau sebut masak lomak cili api nismilan ni memang aku jarang sangat kerana tak tahan pedas.
Tapi bila dipromo gulai baung berapi, api pun singgah nak cuba. Masuk saja kedai tu aku nampak pak cik tuan kedai tengah masak baung masak lemak cili api. Rupanya gulai yang ditulis pada kain rentang tu bagi orang Negeri Sembilan ialah masak lemak cili api lah. Bukan macam gulai di sebelah utara sana.
Ikan baung yang digunakan bagi aku amat fresh. Sebab selepas dimasak, isinya masih kental tidak lunyai. Sepengetahuan aku yang ada ilmu ikan sikit-sikit ni, kalau isi ikan macam tu maknanya ikan tu fresh lah. Tak da simpan lama-lama dalam peti sejuk.
Aku memang bukan peminat masak lomak cili api, tapi yang Warung Sakinah sediakan ni memang superb. Tradisi ada juga sebab dia gunakan buah binjai untuk masamkan masakan tu. Lemaknya, pedasnya wow cukup terasa. Memang berapi. Tapi aku tahan juga, tu yang hairannya.

Satu lagi menu bagus di sini ialah daging tetel. Aku tak tahu apa nama sebenarnya tapi daging yang dicincang dimasak ala-ala asam pedas gitu. Kami order juga ayam goreng. Makan kami berempat.
Walaupun warung tu tak seberapa aku tengok ramai sangat orang singgah, sama ada yang nak masuk Melaka atau keluar Melaka. Dari perbualan singkat aku, pelanggan itu sudah beberapa kali singgah dan memang masakan di situ sedap. Ia terbukti bila aku makan di situ.
Bekalan ikan baung tuan kedai tu perolehi daripada pembekal di Pahang. Baung Sungai Pahang tu. Stok biasanya diambil untuk tiga hari, no wonder ikan dia fresh bila masak. And pak cik tu akan masak bila ada order, yakni setiap pesanan dimasak segera bukan jenis masak kuah banyak-banyak lepas tu masukkan ikan bila ada pesanan. Ini menjadikan kualiti menu tu superb.
Harga? Yang aku bayar hari tu seketul baung masak lomak cili api ni RM16. Kira oklah tu, aku makan empat beranak dengan daging tetel, dua ayam goreng berempah, air teh o ais baru RM48. Berbaloi lah.